
Tanggal 14 februari 2010 menjadi tumpuan di seluruh dunia.Bagi kaum cina, mereka meraikan bersempena dengan perayaan tahun baru cina ( Gong Xi Fa Cai ).Manakala bagi masyarakat barat 14 feb disambut dengan perayaan Hari Kekasih ( valentine day ) yang mana ummat islam ditegah untuk turut sama meraikannya.Justeru itu,pihak ajk alumni mti 2010 telah memutuskan pada 14 feb untuk menganjurkan Perhimpunan Anak Didik M.T.I..Tujuan perhimpunan ini diadakan untuk menghimpunkan semua bekas-bekas pelajar yang menuntut di Madrasah Tarbiah Islamiah.Akhirnya perhimpunan ini berakhir dengan kejayaan menghimpun seramai 64 orang bekas pelajar meskipun dihujani pelbagai konflik,kritikan dan sebagainya..Insyaallah di masa akan datang pihak ajk alumni akan merencana program dengan lebih baik..Akhir kalam moh la yob pakat ghame-ghame sokong alumni!!!!



